Monday, 3 November 2014

TEKNIK HIDROPONIK

HIDROPONIK TULIN (WATER CULTURE)

APAKAH HIDROPONIK TULIN (WATER CULTURE) ? 
Hidroponik tulin ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah yang diganti dengan air sebagai media pertumbuhan. 
KELEBIHAN HIDROPONIK 
Hidroponik tulin ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
  • Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
  • Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;  
  • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
  • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
  • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.                   
KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien

Kaedah hidroponik memerlukan pum air bagi menggerakan larutan nutrient daripada tangki ke palung tempat penanaman dan kembali semula ke tangki .
Larutan nutrient digerakan dari tangki kepalung tempat penanaman bertujuan untuk membekalkan air dan nutrient kepada pokok disamping menambah bekalan oksijen kepada larutan nutrient.
 Contoh system ini ialah NFT, DFT dan Raceway.
Alatan asas yang diperlukan seperti berikut:-

i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).
iii) Tangki untuk larutan nutrien.
iv) Tenaga elektrik.
v) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Kaedah ini lebih sesuai digunakan untuk sayuran berbuah kerana memerlukan jangka masa yang panjang dalam system hidroponik  dari tanam hingga menuai.
Sistem NFT - (suber: www.homehydosystems.blogspot,com )
Menurut H.S.Ropeah , Menanam sayur tanpa tanah bab 15 Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran, edisi baru MARDI (2000), sistem NFT dan DFT mempunyai prinsip yang sama berbeza kedalaman laruta nutrien 1-2 mm dan 4-6mm. Anak pokok dibesarkan dalam palung yang larutan baja mengalir secara berterusan dari palung ke tangki pengumpul. Pum digunakan untuk mengalir larutan baja serta memberi udara yang cukup pada tanaman. Larutan baja perlu mengalir dengan kadar 3 liter seminit bagi tanaman menerima larutan baja dan udara yang cukup. Udara yang cukup diperlukan bgai memastikan tidak berlaku kekurangan oksigen kerana dikawasan tropika yang panas menyebabkan suhu lartan baja meningkat (28-33 darjah celsius) yang menyebabkan pembesaran pokok terencat akibat stress.   
                                                                                           
Sistem Takung Statik
Kaedah hidroponik  tidak memerlukan pum air kerana larutan nutrient kekal statik pada takung tempat penanaman .

Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:

 i) Takung tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).
iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Sesuai untuk sayuran daun kerana memerlukan jangka masa yang lebih singkat untuk matang berbanding sayur buah.
Hidroponik Takung Statik (sumber : google)
 Sistem Takung Dinamik (Bubbler Hydroponic)
Pada asasnya sama dengan dengan system takung statik, cuma tambahan bubbler dimasukan kedalam takung bertujuan menggerakan larutan baja bagi menambah bekalan oksijen. Pump akuarium dengan batu bubbler diperlukan bagi system ini.
Bucket bubbler hydroponic juga contoh system ini.
Sesuai untuk sayuran buah dan sayuran daun dalam takung statik bersaiz besar.
HidroponikTakung Dinamik- Bubbler (sumber : flicker.com)
  
KAEDAH PENANAMAN

Ketiga-tiga sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:- 
Cara Mengubah:
  




  • Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
  • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
  • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
  • atau kepitkan bahagian batang pokok kepada kiub sponge dengan bahagian akar terjuntai kebawah dan pindah ketempat penanaman.


  • Anak Pokok Dikepit Ditengah Bongkah Sponge
    • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
    • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
    Cara Semaian terus
    • Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu,
    • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
    • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
    • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
    *Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman  atau sebagaimana yang disyorkan oleh pengeluar..

    Kaedah Penanaman Hidroponik Takung  Statik - (sumber : google)



    (a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar. Sila lihat Rajah di atas yang disertakan. (b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman. (c) Basuh dengan semperna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman. (d) Risalah pertanian mengesyurkan supaya memasukkan 2 gm Abate iaitu racun untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja kedalam takung.

    Hidroponik tulin satu teknik yang simple tidak memerlukan tanah atau media selain air berbanding sistem tanaman biasa mahupun fertigasi.



    HIDROPONIK TAKUNG PLASTIK STATIK - SISTEM RAKIT

    Hidroponik statik merupakan hidroponik berteknologi rendah yang sesuai untuk pertanian tropikal. Kebanyakan  sistem hidroponik adalah berteknologi tinggi memerlukan peralatan yang canggih dengan kos permulaan yang tinggi. Walaubagaimanapun hidroponik statik tidak memerlukan peralatan yang canggih serta tidak memerlukan tenaga eletrik. Hasil yang diperolihi melalui kaedah ini adalah setanding dengan sistem lain yang menggunakan peralatan canggih dan tenaga eletrik.
    Berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 lebar .
    Takung plastik ini biasanya sesuai untuk sayur-sayuran berdaun sahaja dan biasa  ditanam  8-12 pokok  sayuran berdaun  . 

    Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub span)
    yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya
    Panel juga berfungsi sebagai penutup takung. Diperlukan  bagi melindungi larutan baja di dalam takung dari terkena pancaran cahaya matahari yang boleh merosakannya. Disamping mengelak kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang boleh digunakan adalah kertas tebal, plastik atau polistiren. 
    Panel ini akan ditebuk lubang-lubang untuk meletakkan terus kiub oasis kedalam lubang tanpa menggunakan bakul semaian. Jaraknya lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman. Panel ini perlu dibuat sendiri.
    Bagi memastikan pembesaran pokok yang sempurna, larutan baja perlulah diukur pH dan kepekatannya supaya berada paras yang sesuai.. Ph diukur dengan pH meter, bacaan yang sesuai ialah antara 5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai. Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai. PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok  baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya kepekatan lebih tinggi.
    Penel atau penutup takung dimasukkan kedalam takung dengan cara dipadatkan di permukaan takung.
    Sayuran berdaun seperti salad boleh dituai dalam jangkamasa 21- 35 hari. Penuaian dilakukan dengan cara memisahkan pokok dari pelantar tanaman dengan berhati-hati bagi memastikan pelantar tidak rosak untuk digunakan seterusnya. Pelantar tanaman dan takung perlu dibersih dan dikeringkan untuk kegunaan selanjutnya.
    Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society.

    TEKNIK HIDROPONIK TAKUNG STATIK - TAKUNG KAYU


    Salad kerinting dalam sistem hidroponik takung kayu statik
    berusia 2 minggu.Sejumlah 32 pokok ditanam pada kotak bersaiz 2 kaki panjang dan 4 kaki lebar.
    Sawi manis dalam sistem hidroponik takung kayu statik
    berusia 2 minggu.
    Sawi manis dalam sistem hidroponik takung kayu statik
    berusia 3 minggu.


    Kesuburan salad spesis Eropah yang berjaya ditanam ditanah rendah di negara ini  sungguh mengasyikkan mata memandangan yang hanya gunakan sistem takung statik - takung kayu.
    Hidroponik satu pelaburan yang menguntungkan, salad tumbuh subur dalam takung statik - takung kayu.
     Salad yang biasa ditanam di tanah tinggi bercuaca sejuk mampu hidup subur dalam takung kayu hidroponik di tanah rendah.

    KAEDAH HIDROPONIK PENGALIRAN NUTRIEN - SISTEM RACEWAY
    Society telah menjalankan penyelidikan bagi mencari satu sistem hidroponik yang sesuai dengan persekitaran Malaysia kerana kebanyakan sistem hidroponik dimajukan berasaskan persekitaran di England dan Amarika Syarikat. Hidroponik sistem raceway didapati sesuai untuk iklim khatulistiwa.
    Sistem ini menggunakan palung sebagai tempat pertumbuhan. Tangki digunakan untuk membekal larutan baja yang di pum menggunakan pum akuarium ke palung. Rakit polistrin digunakan bagi mengapugkan pokok dalam palung. Air dari tangki dipum kedalam palung sehingga kepada kedalaman 5 inci dan lebihan akan dikembalikan semula kedalam tangki secara graviti.
    Hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan di dapati pertumbuhan pokok lebih cepat berbanding sistem takung statik. Aliran air menambah bekalan oksijen yang membantu mempercepatkan pertumbuhan pokok. Bagi pengeluaran secara komersial sistem ini adalah disyorkan berbanding dengan sistem takung statik.
    Bahagian depan palung bersama dengan tangki baja.Pum eletrik digunakan bagi mengepam air dari tangki melalui pvc paip kebahagia belakang palung.
    Bahagian belakang palung kelihatan sambungan paip pvc ke bahagian belakang palung.
    Bahagian belakang palung, kelihatan paip pvc menyalurkan air kedalam palung, air ini dipum dari tangki.
    Bahagian belakang palung, kelihatan paip pvc menyalurkan air kedalam palung, air ini dipum dari tangki.
    Bahagian hadapan palung, kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
    Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
    Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
    Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
    Rakit polistrin digunakan bagi mengapugkan pokok dalam palung
    Rakit polistrin yang telah dimasukan anak benih. Benih dicambah dalam kiub sponge
    Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.
    Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.
    Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.
    Sawi berumur 2 minggu.
    Sawi berumur 3 minggu.
    Kelihatan akar sawi dibahagian dalam air.
    Sawi jepun dalam raceway sistem
    Sawi berusia 4 minggu.
    Sawi yang telah matang.




    No comments:

    Post a Comment