Monday, 3 November 2014

KOMUNITI HIDROPONIK

Komuniti hidroponik bertujuan untuk menjadikan satu forum bagi menggabung tenaga pengusaha dan peminat hidroponik, bagi memajukan industri ini dengan pelbagai tujuan khususnya menggalakan tanaman sayuran hijau disekeling rumah dan ladang yang pastinya proses fotosintisis mampu membaiki kualiti alam sekitar. 


Memupuk hobi hidroponik pula mampu membekalkan keperluan sayur keluarga yang menjamin peningkatan tahap kesihatan penduduk kerana sayur tinggi dengan serat dan vitamin yang mampu meningkatkan tahap kesihatan penggunanya.

Kepada pemain industri hidroponik pula mampu bekerjasama dalam mendapatkan info bagi meningkatkan lagi kecekapan industri dalam pengeluaran dan pemasaran.

HIDROPONIK MENJADIKAN PERTANIAN SATU BISNES YANG MENGUNTUNGKAN 

Konstrin kawasan  pertanian akibat persaingan dengan projek perumahan dan indusrti menyebabkan  harga tanah semakin meningkat. Ditambah dengan penigkatan dalam upah pekerja serta isu-isu yang dibawa oleh pekerja  asing  telah membawa industri tani menjadi "sun set " industri. Akibatnya perbelanjaan Negara mengimpot sayuran  meningkat

Walaupun Negara  memiliki kawasan pertanian yang luas, namun masalah tenaga kerja, persaingan dengan sayuran impot, sistem pasaran yang telah dikawal dengan dominen oleh orang tengah serta tindak balas pengeluaran dengan pasaran yang terbatas tidak mampu mengatasi isu ini. Hanya melalui teknologi pertanian hidroponik yang mampu menghasilkan  tanaman yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi dalam masa yang singkat yang dapat menjawab isu berkenaan.

Ladang Hidroponik Teknik Mudah  Dalam Skala Besar

Sebaliknya teknologi pertanian yang tidak mengguna tanah ini, samaada mengguna air sepenuhnya (hidroponik tulin – water culture)  dengan penghasilan yang berganda pasti sesuai dalam memacu industri tani negara.Disamping dapat dibangunkan dengan teknologi yang sederhana bagi sekala industri tani. 
Sayur Kailan Hidroponik Subur Dalam Takung Kayu
Kerajaan kita melalui  MARDI berusaha untuk mengadaptasi teknologi sedia ada supaya mudah difahami dan dikuasai., pendekatan bagi menjadikan teknologi tanaman sayur tanpa tanah lebih mesra pengguna menjadi satu amalan yang diperkenalkan selama ini. Pihak MARDI menguasai lebih dari sepuluh jenis teknologi penanaman sayuran tanpa tanah yang ada antara teknologi tersebut ialah sistem hidroponik teknik banjir, surut dan alir, teknik aliran nipis (NFT), sistem hidroponik teknik pengairan titis bertingkat, dan teknik aliran dalam (DFT)

HIDROPONIK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA 
Hidroponik merupakan satu aktiviti yang boleh menenangkan jiwa, itulah perakuan yang pernah diakui oleh pakar jiwa. Aktiviti hidroponik ini juga telah dijalankan dipusat-pusat perawatan jiwa. Disamping sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan secara hobi sebagai permulaan dapat pengalaman memberi pengalaman amat beharga sebagai asas untuk dimajukan secara koersial.

Di  bandaraya dan bandar  pengembangan aktiviti  hortikultur secara hidroponik amat sesuai kerana terbatasnya  kawasan atau halaman, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi kawasan penempatan Bandar yang terhad seandainya individu menguasai teknik hidroponik yang amat mudah ini.

Teknik Hidroponik Takung Yang Mudah

Suri-suri  rumah tangga yang tinggal didesa bolih  memilih hidroponik sebagai kegiatan berfaedah mengisi masa lapang  Hasilnya yang tinggi dan tidak perlu tenaga yang kuat, cua tanama, teliti, tunggu dan tuai, sudah pasti dapat menjimatkan perbelanjaan dapur disamping dapat menggunakan sayur segar yang berkhasiat disamping boleh diusahakan dengan skala sederhana bagi menambah pendapatan.


Penggunaan Kayu Sebagai Takung Hidroponik 


Perkembangan teknologi hidroponik serta  inovasi, teknik hidroponik lebih mesra pengguna dari proses manual hinggalah ke tahap aotomasi sepenuhnya, pengguna tidak perlu risau sebab larutan nutrien  disalurkan ke palung penanaman secara automatik dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang minimum.
Bayangkan lah semua halaman rumah di kota dan desa  dihiasi dengan kebun sayur secara hidroponik, pasti amalan  ini dapat  memujudkan satu lanskap indah, juga merapatkan hubungan antara ahli  keluarga kerana aktiviti ini boleh melibatkan seluruh ahli  keluarga. Antara kerjasama yang boleh dilaksanakan ialah anak yang menyediakan media tanam, ibu menyemai benih dan bapa yang membeli benih di kedai pertanian. 

Bila sudah berhasil, sama-sama  memetik sayur y ang ditanam sendiri di  dapat diberi kepada jiran  anda yang pasti meningkatkan semangat kejiranan  yang merupakan satu menifestasi  sifat  asal masyarakat kita  yang berbudi bahasa.

Kebun Sayur Mini Di Pasaraya Terkemuka London


Di kota besar dunia seperti kota London, pusat beli-belah ternama menyediakan satu ruang khusus sayuran segar yang masih tumbuh dalam system hidroponik. Disiapkan pula lebel tatacara memetik, packing dan cara mengguna dirumah. Sayur yang masih segar dalam system hidroponik dipetik sendiri oleh pembeli dibungkus sendiri, bila dirumah pengguna diajar untuk membasuh dan masukan dalam bekas mengandungi air supaya sayur sentiasa subur.


No comments:

Post a Comment